Bajet 2011 : RM200 Juta Untuk Industri Filem, Duti Import Barangan Jenama Dimansuhkan !!
Bajet 2011 sedang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ada beberapa intipati yang menarik perhatian kami, terutamanya yang berkaitan dengan industri hiburan dan belanjawan.
◦Berita baik untuk pembuat filem, drama & dokumentari, sebanyak RM200 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk menjana aktiviti-aktiviti dunia hiburan & perfileman tanah air.
◦Manakala, anda yang bergelar wanita sudah tentu melonjak riang apabila semua duti import untuk barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Coach, Gucci mahu pun La Senza akan dimansuhkan. Ini sejajar dengan konsep kerajaan yang inginkan Malaysia sebagai syurga membeli belah bagi kawasan Asia.
◦Anda sekarang boleh memiliki smartphone seperti Blackberry, Iphone 4 atau Android apabila kerajaan mengumumkan cukai jualan akan dimansuhkan untuk produk tersebut.
◦Bagi yang gila Facebook atau R*dTube, cukai import dan cukai jualan untuk broadband akan dikecualikan sehingga tahun 2012.
No comments:
Post a Comment